Mesyuarat Agung Surau Al - Muqarrabin telah berlangsung pada pagi ini bermula pukul 9.30 pagi dan tamat hampir pukul 11 pagi. Antara ahli kariah yang hadir ialah :
- Ust. Mohd. Basil Bin Damanhuri
- En. Sabas
- En. Nasser Khan
- En. Zulkarnain
- Hj. Hussin
- En. Muhammad
- En. Roslan
- En. Ramzan
- En. Zainol
- En. Salim
- Cikgu Fadli
- En. Badruzamani
- En. Azmi
- En. Azam
- En. Zamridin
- En. Anuar
Mesyurat dimulakan dengan bacaan Al - Fatihah dan ucapan aluan oleh Ustaz Mohd Basil selaku pengerusi surau Al - Muqarrabin yang lepas. Kemudian, beliau memaklumkan kedudukan kewangan yang masih ada untuk tabung Surau Al - Muqarrabin.
Setelah itu , beliau telah membubarkan ahli AJK lama Surau Muqarrabin berikutan perletakan jawatan bendahari dan setiausaha surau yang lepas. Lalu, mesyuarat dilanjutkan dengan melantik Encik Nasser Khan sebagai pengerusi sementara dan pencatat perlantikan AJK yang baru bagi Surau Al - Muqarrabin bagi sesi 2007 / 2010.
Keputusannya :
- Pengerusi - di sandang oleh encik Sabas
- Setiausaha - di sandang oleh encik Zainol
- Bendahari - di sandang oleh encik Ramzan
Agenda berbangkit :
- Cadangan untuk menubuhkan Tabung Khairat Kematian dan Skim Khairat Kematian untuk kariah Taman Machang Manis oleh Encik Ramzan dan Encik Roslan.
- Encik Salim mencadangkan diwujudkan Pengerusi bagi wakil Muslimat Taman Machang Manis.
- Encik Muhammad pula mencadangkan agar pemilihan AJK Surau dilakukan setiap 3 tahun sekali tetapi mesyurat Agung mestilah dilakukan setiap tahun.
Mesyurat kemudian ditangguh ke sesi Mesyurat Agung akan datang.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN oleh TAKAFUL IKHLAS SDN. BHD.Jenis Perlindungan - Khairat Kematian (Perbelanjaan Segera Selepas Kematian)
Tempoh matang - 3 bulan
Nota :
- Kelakan umur peserta dan pasangan di antara 18 hingga 69 tahun.
- Kelayakan umur anak di antara 3 minggu hingga 18 bulan. (23 tahun sekiranya anak masih menuntut di institusi pengajian tinggi dan masih dalam tanggungan).
- Perlindungan anak - anak sehingga 3 orang setiap tahun bagi setiap keluarga.
- Untuk peserta yang mempunyai isteri lebih dari seorang, setiap isteri dan anak - anaknya adalah dikira sebagai satu keluarga.
- Pengecualian - Kematian disebabkan oleh :
- membunuh diri
- Sindrom AIDS atau lain - lain penyakit seksual berjangkit.
- Setem duti sebanyak RM 10 ditanggung oleh Pemegang Polisi.
- Jika kematian berlaku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula polisi, faedah tidak akan di bayar. Sumbang yang diterima akan dipulangkan kepada peserta setelah ditolak caj pentadbiran.
- Pemegang Polisi Induk hanya dibenarkan membuat satu pilihan perlindungan sahaja.
- Takaful Ikhlas berhak membuat sebarang perubahan pada cadangan ini sekiranya fakta - fakta yang diterima untuk tujuan cadangan ini bercanggah dengan fakta sebenar yang dimajukan selepas tarikh mula polisi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Encik Ramzan
No 13, Lorong Macang 2, Taman Macang Manis, BM.
0194526119