Monday, July 30, 2007

ADUN Melawat Taman Machang Manis

30 Julai 2007 (5 petang) - ADUN Machang Bubuk, YB Dato' Dr. Toh Kin Woon berkenan melawat Taman Machang Manis dan melihat rumah - rumah yang dilanda banjir kilat pada ahad minggu lepas (22 Julai 2007).

Beliau diiringi oleh AJK dan wakil taman ini. Pelbagai cadangan telah dikemukan kepada beliau bagi mengatasi kejadian bajir kilat itu berulang lagi. Sebelum pulang, beliau berjanji untuk cuba menyelesaikan masalah ini kelak.

Ahad lalu, taman ini telah dilanda banjir yang 'terburuk' sejak tahun 2003. Banyak keluarga mengalami kerugian apabila banyak perabut, peralatan elektrik dan buku rosak. Kerugian dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit. Penduduk taman ini amat berharap agar pihak kerajaan dapat mengambil langkah sewajarnya agar kejadian seperti ini tidak berulang.

0 comments: