Sunday, July 22, 2007

Dilanda Banjir Yang Terburuk

22 Julai 2007 - Taman Machang Manis sekali lagi dilanda banjir kilat yang terburuk sejak banjir tahun 2004. Hujan lebat yang turun pada pukul 3.45 petang tadi mengakibatkan banjir kilat separas 3 kaki pada pukul 5 petang.

Saya juga dimaklumkan bahawa hampir 60% rumah di taman ini dimasuki banjir yang membawa lumpur bercampur minyak kenderaan. Rumah yang sebelum ini tidak pernah dimasuki air ketika banjir 2003, kini telah dimasuki air hampir 2 inci dari paras lantai dalam rumah.



Laluan kereta di lorong 2 umpama 'sungai yang mengalir deras'. Didapati juga, bukan taman ini sahaja yang mengalami banjir kilat. Kebanyakan taman - taman sekitar Bukit Mertajam dan Kulim juga terlibat sama terkena banjir kilat kali ini.

Banyak buku dan peralatan yang tidak sempat diselamatkan, terpaksa di buang kerana telah rosak. Begitu juga perabot lain seperti kusyen yang mahal terpaksa dibaiki semula. Didapati terdapat kenderaan yang teredam kerana tidak sempat dialihkan.Dianggar kerosakan melibatkan beribu- ribu ringgit.

No comments: