Mulai 1 Ramadan 1428 bersamaan 13 September 2007, laman rasmi 'Taman Machang Manis' akan berpindah ke hosting dan domain yang baru iaitu BuletinTMM.Com. Terdapat 6 ruangan yang disediakan buat tatapan komuniti Taman Machang Manis dan sekitarnya. Antaranya ialah:
Ruangan Blog
Ruangan ini memaparkan pelbagai aktiviti utama komuniti Taman Machang Manis. Dengan kata lain, sebagai 'ruang tamu' laman web BuletinTMM.Com.
Ruangan Agama
Ruangan ini memaparkan tazkirah atau renungan dalam agama Islam buat semua muslim. Ia ditulis oleh ustaz yang bertauliah di Taman Machang Manis ini.
Ruangan Surau
Ruangan ini disediakan khusus buat AJK Surau Al - Muqarrabin yang dipengerusikan oleh Encik Sabas Bin Mustaffa
Ruangan KRT
Ruangan ini disediakan khusus buat AJK KRT (rukun tetangga) Taman Machang Manis yang dipengerusikan oleh Encik Zulkarnain Bin Ahmad Rafie
Ruangan Karya Anda
Ruangan ini disedikan khusus kepada penduduk taman ini untuk menulis apa sahaja dalam bidang masing - masing buat tatapan umum.
Ruangan Muslimah
Kebanyakan kaum ibu tidak bekerja di taman ini. Jadi, ruangan ini khusus untuk wanita sama ada yang muslim atau tidak.
Kenapa BuletinTMM.Com di pilih?
Ada penduduk yang bertanya pada saya kenapa pilih buletinTMM. Kenapa tidak pilih nama domain lain. Kenapa tak letak 'buleTMM' atau TMM.com aja.
Untuk pengetahuan semua, nama domain 'TMM' sudah dimiliki oleh individu atau syarikat lain. 'BuleTMM' pula tidak sesuai kerana perkataan 'bule', di sesetengah negara jiran, merujuk kepada 'pelacur lelaki'. Lagipun, nama 'buletinTMM' sudah di'sebar'kan terlebih awal di laman ini sebelum pemilihan nama domain berbayar itu.
Kenapa beli domain berbayar?
Kenapa tak guna yang percuma sahaja. Untuk pengetahuan semua, fungsi web percuma agak terhad. Saya pernah guna web percuma sejak 1999 lagi. Secara umumnya, web percuma ni adakalanya banyak 'songeh'.
Macam mana nak tampung kos 'maintenance' hosting dan domain berbayar?
Kami menerima sumbangan derma atau pembelian iklan di domain tersebut. Setakat ini, domain itu ditaja oleh Badruzamani.Org. Namun begitu, saya mengalu - alukan mana - mana pihak yang nak 'take over' laman itu tahun depan (setelah 1 penggal (tahun) berakhir).
Sekian, harap maklum.